New Page 1

 

 

 

GMM tidak ikhlas, pembohong, menempel isu, pentingkan diri.

 

 

 

"...Akan tetapi, lebih 50% mahasiswa/i terpaksa memandu kerana tinggal di luar kampus...."

 

Ini antara petikan yang diambil dari poster terkini GMM (Gerakan Mahasiswa Maju) di Flat Sri Serdang, bersebelahan UPM (12 Mac 2007).

 

GMM main hentam dalam mengeluarkan fakta. Tidak jujur dan tidak profesional.

 

Inikah pembela kebajikan mahasiswa?

 

Lebih 50% mahasiswa tinggal di luar kampus UPM? GMM pembohong besar. Pernahkah kajian dijalankan oleh GMM untuk menentukan berapa jumlah sebenar mahasiswa yang tinggal di luar kampus? Jika lebih 50% mahasiswa tinggal di luar kampus, maka siapakah yang tinggal di dalam kolej kediaman? Hantu kah? Atau jembalang kah?

 

Andaikan - Terdapat 17 buah kolej kediaman di UPM, dan purata setiap kolej adalah kira-kira seramai 960 penghuni, dengan mengambil kira 3 orang sebillik x 20 bilik x 4 aras, x 4 blok =

Maka terdapat kira-kira 16320 mahasiswa tinggal di kolej kediaman. Sedangkan terdapat kira-kira 24000 mahasiswa di UPM. Logik kah lebih 50% mahasiswa tinggal di luar kampus begini?

 

Benar, GMM tidak profesional. Gagal memimpin, malah lebih teruk lagi, gagal dipimpin.

 

 

 

Imbas Kembali.

Isu Harga Makanan Mahal.

Protes besar-besaran pemboikotan kafateria yang menjual makanan dengan harga yang mahal telah dilaksanakan oleh badan mahasiswa yang sah di UPM. Ahli GMM telah menghadiri satu sesi bicara bersama Pengarah UBC bagi membincang dan berunding mengenai harga makanan di UPM.

 

Agenda; ahli GMM tersebut sebenarnya bukan saja-saja mahu datang ke sesi bicara itu sebagai pemerhati, malah ingin mengorek apakah rahsia dan strategi yang digunakan oleh MPP (pada ketika itu) agar ianya boleh diimplementasikan di dalam rancangan GMM.

 

Isu Kolej 12.

Kekacauan di Kolej 12 disebabkan ahli GMM sengaja membuka kaunter untuk menarik lebih ramai ahli menyertai pertubuhan ini. Dan dengan sengaja, mereka enggan menutup kaunter walaupun teguran secara baik telah diberi.

Agenda; GMM ingin mencari ahli baru. Mereka juga ketandusan isu.

 

Isu Penutupan Pintu Flat Ikan.

Penutupan pintu flat Sri Serdang - UPM, telah menggangu urusan harian mahasiswa terutama mereka yang tinggal di luar kampus. GMM mengambil peluang ini untuk mengutip tandatangan protes dari peniaga-peniaga Cina di Flat tersebut dan dihantar kepada pihak UPM.

Agenda; Ramai ahli GMM tinggal di Flat Sri Serdang dan taman (di kawasan Maybank). Jika pintu ini ditutup, akan menyukarkan urusan ahli GMM untuk keluar masuk dan secara tidak langsung menyukarkan operasi GMM di UPM..

 

Isu Pendaftaran PBTUPM.

Tidak pernah timbul pun isu pendaftaran PBTUPM yang sebelum ini bebas menjalankan apa juga aktiviti mereka di UPM, sehingga muncullah GMM yang mengambil alih tampuk kuasa di dalam organisasi PBTUPM ini. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh PBTUPM dibawah seliaan GMM, agar pertubuhan PBTUPM ini dapat didaftarkan.

 

Agenda; GMM berharap dengan terdaftarnya PBTUPM, akan semakin banyaklah ahli PBTUPM yang dapat menyertai aktiviti radikal GMM dalam menentang kerajaan, menyertai tunjuk perasaan jalanan, membuat demonstrasi, dsb.

Kini, Isu Parking.

Masalah meletak kenderaan mahasiswa di UPM telah menyukarkan semua mahasiswa, termasuk yang tinggal di luar kampus. Kesukaran ini turut dirasai oleh ahli GMM. Majoriti ahli GMM tinggal di luar kampus, dan mereka sudah tentunya berkenderaan, seperti Simon Ooi yang bermotorsikal. GMM pada kali ini telah mendesak pihak berautoriti UPM supaya mempertimbangkan tuntutan GMM agar masalah parking dapat diselesaikan.

 

Agenda; Ahli GMM majoritinya tinggal di luar kampus. Kebanyakan mereka berkenderaan. Masalah parking ini sudah tentunya menjejaskan urusan harian mereka ke kuliah dsb.

 

 

Ketidak-ikhlasan GMM terhadap perjuangannya terserlah apabila mereka menerajui kepimpinan dalam Persatuan Bahasa Tionghua (PBTUPM). Mereka dengan tidak rasa malunya telah mengajak mahasiswa bukan Cina untuk menyertai persatuan ini, sedangkan menurut piagam bekas ahli-ahli PBTUPM sebelum tahun 2006, tidak dibenarkan keanggotaan PBT ini disertai oleh mahasiswa selain Cina.

 

[FINDINGANGELS.jpg]

Penganjuran aktivti PBTUPM yang dikuasai oleh GMM kini, tidak menampakkan usaha GMM untuk menarik penyertaan mahasiswa Melayu untuk menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh PBT di bawah seliaan GMM. Contoh paling dekat sekali, penganjuran lawatan ke rakaman segmen Finding Angels di NTV7. Tidak ada pun seorang mahasiswa Melayu yang menyertai program ini.

 

Ini menunjukkan bahawa, mahasiswa Melayu dan India menolak sepenuhnya GMM yang tidak ikhlas memperjuangkan sesuatu. Apa kata jika selepas ini GMM menganjurkan lawatan ke rakaman segmen Bersamamu TV3 pula? Mungkinkah ada mahasiswa Melayu yang sanggup ikut serta?

 

Mengapa, setiap kali, usaha-usaha kebajikan yang dijalankan oleh GMM gagal dilaksanakan, dan juga gagal mencapai kejayaannya?

 

Jawapannya mudah; GMM tidak ikhlas dalam memperjuangkan isu kebajikan mahasiswa.

 

"...Mereka (GMM) sebenarnya ada agenda mereka yang tersendiri.

Apabila masalah kehidupan mereka terjejas, mereka akan memperjuangkan

 isu kebajikan mahasiswa sebagai bonus kepada kebajikan mereka selaku ahli GMM..."

 

 

    <<Kembali ke Halaman Utama MU

 

Laman Web - JAMIS UPM dibangunkan oleh

Editor JAMIS UPM. <editor_jamisupm@yahoo.com.my>

Laman Web - Mahasiswa-UPM dibangunkan oleh

Putra Belia Bersatu UPM (PBBUPM) <mahasiswaupm@yahoo.com>